Wednesday, April 27, 2011
Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang ditetapkan dalam Jadual Simpanan Asas dalam Akaun 1.Kelayakan Memohon
Anda layak memohon sekiranya:
- (i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di
bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum
1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum
semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang:
* Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
* Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) - Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
- Anda mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah Simpanan Asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5,000.00
Anda boleh mengeluarkan simpanan sepertimana berikut:
• 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1
• Jumlah miminum pengeluaran pelaburan adalah RM1,000.00
• Jumlah maksimum tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas
• Formula: (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%
(ANDA DINASIHATKAN MENYEMAK BAKI SIMPANAN AKAUN 1 DAN KELAYAKAN PELABURAN TERLEBIH DAHULU).
Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pelaburan
Senarai Dokumen Yang Diperlukan :
- Salinan Kad Pengenalan
Langkah Pertama Untuk Melabur Di Unit Amanah
Bagaimanakah cara untuk anda membuat pelaburan melalui unit amanah CIMB ..??
Anda boleh mula melabur di dalam unit amanah melalui 4 cara iaitu:
1. Pelaburan secara wang tunai
Bagi pelabur yang mempunyai sejumlah wang terkumpul, pelaburan secara lump-sum adalah yang terbaik. Minimum pelaburan awal adalah RM500 dan minimum pelaburan tambahan adalah RM200. Sepanjang tempoh pelaburan, modal di awal pelaburan tadi akan mengalami pertumbuhan dengan memperolehi keuntungan drpd agihan (distribution), dan juga pertumbuhan modal (iaitu kenaikan harga semasa unit amanah).
2. Pelaburan secara simpanan bulanan
Pelaburan secara simpanan bulanan antara yang digalakkan. Ia adalah cara yang ideal, berdisiplin dan berguna bagi tujuan mengumpul wang untuk digunakan pada masa yang diperlukan. Dengan membuat pelaburan tetap secara bulanan untuk suatu tempoh tertentu, anda tidak perlu risau dengan turun naik harga unit amanah, kerana kos belian akan dipuratakan sepanjang anda melabur. Ini adalah teknik yang dipanggil pemurataan kos-ringgit (ringgit-cost averaging).
Bagi melabur bersama CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund, minimum pelaburan awal adalah RM500. Dengan pelaburan simpanan mudah secara bulanan ini anda boleh membuat pelaburan bulanan tetap sebanyak RM200 atau lebih terus daripada akaun anda di bank terpilih.
3. Pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP
Bagi yg bekerja di sektor swasta ini adalah platform terbaik mereka utk melabur kerana ahli KWSP dibenarkan melabur menggunakan akaun 1 bg membuat pelaburan di amanah saham. Ini adalah pilihan paling popular sekali di kalangan pelabur sektor swasta.
Untuk mengetahui kelayakan pelaburan anda, sila rujuk kepada jadual.. >> KLIK SINI <<
4. membuat pinjaman bank untuk melabur ( MAAF, KAMI SANGAT TIDAK MENGGALAKKAN ANDA MELABUR MELALUI CARA INI )

Berminat Untuk Menjadi Perunding Kewangan.??
Apa itu Unit Amanah..??
Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah. Seperti yang sedia maklum, pelaburan Unit Amanah juga ada yang berbentuk pelaburan secara islamik dan konvensional. Di sini kita harus bijak untuk memilih sendiri bentuk pelaburan.
Bagaimana Unit Amanah membantu kita dalam menabung..??
Seperti yang kite semua tahu…apabila kita menabung nilai duit kita akan sama dengan apa yang kita simpan...jadi disini tidak ada keuntungan melalui simpanan kita..jika pasaran inflasi tinggi nilai tabungan kita akan menjadi kecil..jadi kita harus bijak untuk mendapatkan keuntungan melalui tabungan kita..
Ada dua cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu pertama melalui pertumbuhan modal dan menjana dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.
Dan cara keuntungan kedua apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.
Apa perbezaan unit amanah dgn amanah saham yg lain..??
Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.
Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.
Apa itu CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund..??
CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund adalah dana pertumbuhan ekuiti yang mematuhi ketetapan Syariah. Dana ini bermatlamat untuk mencapai kenaikan nilai modal dengan konsisten dalam tempoh pelaburan jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam pelaburan yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Dana ini amat sesuai untuk pelabur yang bersedia untuk mengambil risiko sederhana untuk mencapai potensi kenaikan nilai modal yang lebih baik.
Ia satu cara untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang. Jumlah pelaburan juga yang mampu untuk dimiliki. Pengurusan portfolio dana secara aktif dengan capaian kepada kajian pasaran yang mendalam, maklumat pasaran serta broker sekuriti yang mahir. Ia juga mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan para pelabur boleh menebus semula pelaburan pada mana-mana hari perniagaan.
Di antara 70% hingga 98% (termasuk kedua-duanya) daripada NAB Dana ini akan dilaburkan dalam sekuriti berlandaskan Syariah dan pelaburan lain yang berlandaskan Syariah dan sekurang-kurangnya 2% dalam asset cair berasaskan Syariah.
Anda berminat untuk menjadi perunding unit amanah sebagai kerjaya..??
Jika anda ingin menceburi bidang ini menjadi perunding kewangan atau terdapat pertanyaan sila hubungi saya :
012-3827415
Norhidayah Tahar , CWA Wealth Advisor

Subscribe to:
Posts (Atom)