Apa itu Unit Amanah..??
Unit Amanah merupakan suatu alat pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional. Dana tersebut akan dilaburkan di dalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) ke atas Dana Unit Amanah. Seperti yang sedia maklum, pelaburan Unit Amanah juga ada yang berbentuk pelaburan secara islamik dan konvensional. Di sini kita harus bijak untuk memilih sendiri bentuk pelaburan.
Bagaimana Unit Amanah membantu kita dalam menabung..??
Seperti yang kite semua tahu…apabila kita menabung nilai duit kita akan sama dengan apa yang kita simpan...jadi disini tidak ada keuntungan melalui simpanan kita..jika pasaran inflasi tinggi nilai tabungan kita akan menjadi kecil..jadi kita harus bijak untuk mendapatkan keuntungan melalui tabungan kita..
Ada dua cara utama pelabur mendapat keuntungan iaitu pertama melalui pertumbuhan modal dan menjana dividen. Pertumbuhan modal berlaku apabila nilai porfolio meningkat diikuti kenaikan nilai unit, dan kita akan mendapat untung jika kita menjual unit tersebut pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa dibeli. Sebaliknya jika nilai porfolio menurun maka nilai unit juga menurun. Ini tidak bermakna kita sudah rugi kerana ada peluang bagi harga unit naik semula. Kadangkala ia bergantung pada strategi pelaburan seseorang. Kejatuhan harga dianggap kebaikan kerana dapat membeli lebih banyak unit lagi.
Dan cara keuntungan kedua apabila dana mempunyai pendapatan hasil daripada pelaburan sekuriti yang dibuat, maka pendapatan dana ini diagih kepada pemegang unit menerusi dividen. Jika dana itu hanya berjaya menghasilkan pendapatan yang kecil ataupun tiada keuntungan, dana ini tidak mengeluarkan dividen. Jadi, para pelabur perlu faham, dividen bukanlah kewajipan tetapi sebaliknya bergantung pada kemampuan syarikat pengurusan unit amanah sentiasa berusaha supaya para pelabur menikmati dividen pada setiap tahun. Tetapi, tidak semestinya dividen itu dibayar dalam bentuk tunai, mungkin dalam bentuk unit tambahan.
Apa perbezaan unit amanah dgn amanah saham yg lain..??
Secara umumnya, pelaburan saham dapat memberikan pulangan terbaik dalam tempoh jangkamasa panjang tetapi disebabkan harganya boleh turun naik terutamanya dalam jangkamasa singkat, ia dianggap sebagai pelaburan yang berisiko. Manakala, bagi pelaburan di dalam unit amanah, risiko telah dikurangkan disebabkan oleh pelbagaian pelaburan.
Bagi deposit di bank pula ianya tidak berubah daripada segi nilainya tetapi pulangannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan unit amanah yang mana walaupun mempunyai risiko, tetapi dikurangkan dengan pelbagaian pelaburan yang baik.
Apa itu CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund..??
CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund adalah dana pertumbuhan ekuiti yang mematuhi ketetapan Syariah. Dana ini bermatlamat untuk mencapai kenaikan nilai modal dengan konsisten dalam tempoh pelaburan jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam pelaburan yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Dana ini amat sesuai untuk pelabur yang bersedia untuk mengambil risiko sederhana untuk mencapai potensi kenaikan nilai modal yang lebih baik.
Ia satu cara untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga panjang. Jumlah pelaburan juga yang mampu untuk dimiliki. Pengurusan portfolio dana secara aktif dengan capaian kepada kajian pasaran yang mendalam, maklumat pasaran serta broker sekuriti yang mahir. Ia juga mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan para pelabur boleh menebus semula pelaburan pada mana-mana hari perniagaan.
Di antara 70% hingga 98% (termasuk kedua-duanya) daripada NAB Dana ini akan dilaburkan dalam sekuriti berlandaskan Syariah dan pelaburan lain yang berlandaskan Syariah dan sekurang-kurangnya 2% dalam asset cair berasaskan Syariah.
Anda berminat untuk menjadi perunding unit amanah sebagai kerjaya..??
Jika anda ingin menceburi bidang ini menjadi perunding kewangan atau terdapat pertanyaan sila hubungi saya :
012-3827415
Norhidayah Tahar , CWA Wealth Advisor
No comments:
Post a Comment