Wednesday, April 27, 2011

Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang ditetapkan dalam Jadual Simpanan Asas dalam Akaun 1.

Kelayakan Memohon

Anda layak memohon sekiranya:

  • (i) Warganegara Malaysia; ATAU
    (ii) Warganegara Malaysia yang pernah membuat pengeluaran di
    bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara Malaysia sebelum
    1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum
    semula dengan KWSP; ATAU
    (iii) Bukan warganegara Malaysia yang:
    * Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
    * Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
  • Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
  • Anda mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah Simpanan Asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5,000.00
Kaedah Pengiraan

Anda boleh mengeluarkan simpanan sepertimana berikut:

• 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1
• Jumlah miminum pengeluaran pelaburan adalah RM1,000.00
• Jumlah maksimum tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas
• Formula: (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%


(ANDA DINASIHATKAN MENYEMAK BAKI SIMPANAN AKAUN 1 DAN KELAYAKAN PELABURAN TERLEBIH DAHULU).

No comments:

Post a Comment